sayang selamanya...

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, March 31, 2011

AlhamdulillaH...cecah 3 angka...

Assalamualaikum....

syukur Alhamdulillah.....
hr ni follower aku cecah 3 angka....
hr ni dapat follower yg ke 500...oppssss,,,
terlebih sudahh...100 je ler..hahaha...


kira syukur sgt2 ler sebab blog ntah apa2 ku ni berjaya gak menarik minat org nk menfollow..;-)
ye ler aku hanya bercerita hal2 di sekeliling ku jer...xde apa yg menarik..tp berjaya gak cecah 3 angka...syukur sgt2...

so kepada follower aku yg ke 100 (Puteri Bongsu)..
sila tinggalkn nama penuh dan alamat di email aku yer..
fashah84@yahoo.com
coz awk bertuah!!!
ade something utk aku poskan..
InsyaAllah...

anyway,
thanks to Abg Ben too...
sebab byk tolong blogger2 baru mcm aku...
chow!!

Tuesday, March 29, 2011

Hasil yg amazing!!x sangka sungguh...

Assalamualaikum.....

hari ni hari yg ke 14 aku dlm diet Atkins...
so far,diet ni agak perih gak nak buat...
serius mmg separuh wengg aku dibuatnya...haha...
tapi oleh kerna buat ni bersama-sama org tersayang mmg sgtlah seronok...
ye ler...aku ngan hubby ni kan super duper "cute"..haha...
aku berjaya kurang 5 kg,hubby plak 6.5kg(jeles aku!!)
tapi hari ni kami berpakat nak buat CHEAT DAY..
sbb hubby teringin sgt nak makan daging masak lomak cili api..
so,aku kesian kat hubby..chehh,sbnrnya aku pon teringin gak..haha..




rsnya lama dh blog ni cuti dr entri mkn2&masakan,
sian blog aku..tp xpe..kena tekad kuatkan smgt...
dah letih dah bila pi pakar utk masalah nak anak ni...doc mesti cakap mcmni..."salah satu punca kurang peratus mengandung adalah kerna mslh berat badan"..huhu..
so...kami tekad nk kurangkn masalah ni...
nk tgok apa plak kata doc lps ni..;-)

ade bbrapa sahabat yg conpuse ni...
ade yg bertanya...btol ke aku blom ade ank?
yup..blom rezeki lagi...jadi sape budak kecil yg ade dlm entri2 aku tu?
tu Balqis..ank buah suamiku..ank kepada adik iparku...
Balqis ni aku bela sbg anak angkatku...ibu Balqis ni bersalin..kira Balqis dah ade adik..masa ibu dia baru bersalin aku ler yang tukang jaga Balqis...yang masalahnyer skrg bila dah biasa ngan kami..
dia dah x nak lg dah ngan mak pak nyer...
so kami decide jaga dia as anak kami..
adik iparku pon ok jer...so Alhamdulillah....
dapat gak aku menumpang kasih Balqis..dan merasa jadi seorang ibu..huhu..
mudah2n satu hari nanti Allah beri aku dan suami peluang utk ade anak sendiri..
InsyaAllah...


apa ending sedih2 ni..x mau ler...
baik aku ending kan ngan mode happy..
aku happy sebab nak pi makan nasi lepas 2 minggu dah x makan nasi ni..yahooo....
tapi utk hari ni jer...HAPPY CHEAT DAY!!!

Monday, March 28, 2011

segmen pakcik Ben...Gegar Blogger Baru...

Assalamualaikum...

hari ni nak join satu lagi segmen blogger popular ni....
segmen ni utk blogger baru yang mempunyai follower kurang dari 500...
macam aku ler kiranyer....yg follower blom cecah 3 angka lagi..huhu...
InsyaAllah...satu hari nnti..:-)

gambar pilihan?why?


saya pilih pic ni...hahaha...dah mcm hantu kak limah jer muka abg ben...
comei jer pic ni....x sangka ade gak lelaki yg layan2 bedak sejuk ni..
patutler muka abg ben ni mulus je..hahaha...
gambar ni ade di entri ni..

nape saya jd blogger?

dulu masa mula2 tgok org ade blog macam seronok jer..
teringin gak nak ade blog..
bagi aku blog ni bleh jadi mcm diari..mn tau satu hari nnti ank2,cucu2ku bleh baca tentang kehidupan mak@nenek diorang kan...

blog wajib masuk?

semua latest update dr blog2 yg ku follow...

ok...done...sape nk join bleh klik sini...

Friday, March 25, 2011

Contest Orang Lidi Berkata..;-)


saje jer nak join this contest..menarik jer idea diorang bertiga ni..
rasa best tu yg nak join tu..lgpun x salah mencuba dan mentry bakat terpendam ni..hahaha..
kalo nak join sila klik banner kat ats tu haa...

  1. mula2,follow 3 blog gadis pingitan ni...
  2. paste banner contest yg ade pic 3 budak2 cun ni...
  3. buat enti pendek2 sudah,,,diorg x marah...;-p
  4. lukis org lidi yg pandai berkata2...haha
  5. tag 3 org,pastikn diorg tau....
  6. link pada CIK ADIK ni....

ni pic org lidi ku...haha..buruk seh....tp kira cun ler gak..hahaha...
ni pic org lidi gila blogging,bangun tido ngan rambut kusut masai dah nak ngadap PC..
(aku ker tu..haha..)

nk tag kat diorg ler...

so...rasanye dah ikut semua syarat2....harap berjaya...x menang pon x pe..yg penting penyertaan..;-)

Labu...oh....labu.....

Assalamualaikum.....

slmt petang semua...dah mkn tghari semua??
biasanya bila perut dah kenyang ni perkara paling indah ialah...TIDUR..hehe..
tapi utk org yg bekerja mcm aku ni...sori ler yer..
mau kena hempuk ngan boss kan..haha..

tadi mak mertua aku call...
minta tolong aku buat sesuatu utk dia...
mak nak masuk pertandingan memasak...
tapi bleh masak kat rumah,just antar je masakan tu utk diadili...
masakan tu kena based ngan LABU....
apa2 je ler..puding@lauk@kek@talam@apam..apa2 lah..
yg penting ade LABU tu...
apa ek nak buat...?


puas dok pikir,godek2 gak kat tenet resepi2 yang best...
tapi blom jumpe lg yg sesuai...
kwn2 ade x resepi2 yg best utk labu ni??
yg superb,yg bleh bagi mak mertua aku ni menang(ngelat)..kahkahkah..

Kelebihan Hari Jumaat

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hariJumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yangmemeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwanapabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yangbaik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.


Doa Antara Dua Khutbah

Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilahsaat yang paling dimustajabkan doa.


Sedekah Pada Hari Jumaat

Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.


Mati Pada Malam Jumaat

Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".


Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisiAllah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".

Ibadah pada hari Jumaat.

Perjalanan ke masjid

adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.


Selawat

Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya iaadalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.


Mandi dan Pakaian

Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.


Memotong Kuku

Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia daris egala penyakit dan berikannya keselamatan.

Thursday, March 24, 2011

hurmmm...mlm jumaat..jom baca Yassin...


KELEBIHAN SURAH YASSIN..


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang
bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.



11. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali".

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik".


GAME ANTARA BLOGGER : 2 : GEGAR!!!!

NAMA KUMPULAN : SERUMPUN SATU MALAYSIA



KENAPA KAMI PILIH NAMA INI :

kerana kami mahu berjuang habis - habisan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama blogger
dan berkumpul dalam satu tempat yang sama, menjadi satu rumpun yang bersatu !


KETUA KUMPULAN : MOHD FADZLI ( http://fadzli-rt.blogspot.com/ )


KENAPA SAYA PILIH BLOGGER INI SEBAGAI KETUA KUMPULAN :

kerana mana-mana pun lelaki lah yg memimpin ..lelaki yg menggerakkan bangsa ..
dan perempuan menyokong .. biar mati anak jangan mati adat !




SENARAI AHLI :




PENDAPAT SAYA MENGENAI 1TUBE.MY IALAH :

positif - dapat mengenali Blogger2 Malaysia dgn lebih mendalam...
negatif - lama nak wait bila nk tgok satu2 video,ke tenet ku yg slow ek..

GAME ANTARA BLOGGER : 2

Sila buat satu entri ...

  1. Letak banner tu ... (done)
  2. Tajuk : GAME ANTARA BLOGGER : 2 dan linkkan ke entri ini ..(done)

Wednesday, March 23, 2011

Alangkah bagus nye.....andainya LELAKI tahu...


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



minggu bz tanpa update...haishh...

Assalamualaikum...

beberapa hari ni agak menyepi dari new entri..
ade gak masuk sekejap2 buat BW tapi xde masa nak komen kat blog kawan2 semua..maaf yer...
bukannya apa..balik keja trus jer mengemas rumah..
kami akan berindah ke rumah baru kami..
kami akan berpindah dari Mambau ke Seremban 2..
rumah kami di Mambau akan kami sewakan..
maka kami bermula semula dgn tempat baru dengan angin yang baru..:-)

kalo ikutkan hati mmg le sedih nak tinggalkan rumah yang lama..
tapi office hubby lagi dekat dgn rumah baru kami..
sayu rasa nak tinggalkan rumah lama,
coz rumah tu ler yang pertama aku tinggal slps kami berkahwin..
byk kenangan suka duka sepanjang baru2 mengenali suami sbg seorang suami..
byk peristiwa2 indah berlaku tak kurang juga yang meruntun jiwa kami berlaku..
namun,hubby kata...kami perlukan pembaharuan dalam hidup..
kami perlu hijrah..mudah2n keputusan kami utk berpindah ni akan memberi kebaikan pada kami kelak..
:-)

mungkin beberapa hari with no update..
sebab nak buat pertukaran line tenet ke rumah baru kami..
pasti aku akan rindu pada sahabat2 lain...
yelah...sehari kalo x dapat baca hasil penulisan blogger2 lain mcm x lengkap jer rasa hidup ni..;-)

Thursday, March 17, 2011

Cantik tak semestinya ORI!!



mcm2 gelagat manusia kat dunia ni...yang elok dijadikan tauladan,yg buruk dijadikan sempadan...sila tgok minit 1.05
:-)

sekadar renungan buat lelaki..Jangan Kahwini Perempuan Yang Ada 6 sifat Ini..

Assalamualaikum...

selamat pagi semua...
semoga pagi@hari ini lebih baik dari semalam..
mudah2n kita semua sentiasa berada di bawah rahmat-Nya..

pagi ni..aku nak berkongsi sesuatu...
sekadar renungan buat lelaki..
bagaimana memilih isteri yang tidak tergolong dalam isteri yg tidak baik dikahwini..
semoga entri kali ini memberi manfaat pada semua..

Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki : "Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah".



1.Wanita Ananah : wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.


2.Wanita Mananah : wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.


3.Wanita Hananah : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.


4.Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.


5. Wanita Basaqah : ada 2 makna:

Pertama wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


6.Wanita Syadaqah : banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.


---Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli...


Wallahu'alam.


Wednesday, March 16, 2011

Intan Izani 1st contest-gambar kegemaran saya..:-)

Assalamualaikum...


sila klik pic di ats utk join contest ni..


hari ni nak cuba,try,test masuk satu contest..
contest ni datangnya dari blogger Isteri Mithali ni...
kalo ikut syaratnyer kena letak satu gambar kegemaran aku,
bukan kegemaran org lain tau..;-)

so pilih punyer pilih...
aku rasa gambar ni paling aku gemar dan paling bermakna buat hidup aku...
setiap kali tgok gambar ni mesti tersenyum sendiri...
gambar yang aku pilih ialah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
gambar bilik pengantin aku ngan my lovely hubby..


sori yer kalo ade yg kata over plak dia ni..
nak letak gambar bilik pengantin bagai..bukannyer ape..
dah contest ni nak aku letak gambar kegemaran aku..
kalo kena letak gambar kegemaran org lain,mungkin bukn gambr ni..hahaha...
gambar ni paling ler bermakna buat aku sebab bermula dari bilik inilah....
aku mula dipertanggungjwbkan sbg seorg Isteri kepada hubby kesayanganku..
bermula dari sini lah kami berjanji hidup bersama tak kira susah@senang..
dan bermula dr sini lah segala kebahagiaan yg aku terima hr ini..
dan moment2 bahagia(sila jgn pikir yg bukn2 yer..;-p) dlm bilik ini ler yg membuatkan aku tersenyum bahagia setiap kali melihat PIC KEGEMARAN ku ini..


Aku mohon taubatmu,Ya Allah...



Assalamualaikum....

selamat pagi semua...pagi yang indah hari ni...
bersyukur kita kerana Allah masih lagi memanjangkan usia kita..semoga kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan diredhainya...
Semoga kita semua juga menjadi insan yg diterima taubatnya...


Tuesday, March 15, 2011

hari tanpa nasi..ayam madu sticky..

Assalamualaikum...

hari ni satu hari x makan nasi...
konon teringin nak buat diet Atkins..
begitu tertarik dgn entri3 di blog ni..

pagi td breakfast cuma makan scramble egg ngan tomato..
tghari,makan ikan cencaru bakar ngan kangkung goreng(tapau kedai)..
mlm ni,aku masak sendiri..buat blogwalking..
rasa menarik plak resepi ni..mcm sedap pon yer.. Ayam Madu Sticky..
amik dr blog kak Izah..tp pelik bila siap masak ayam aku x berkilat mcm kak Izah nyer..
maybe sebab aku tak masuk sos tiram ngan sos cili..
sebab kalo ikut diet Atkins x bleh mkn sos2 ni..
bukan x leh mkn terus,cuma utk 2 minggu pertama jer..huhu..
nape semua benda yang sedap dimakan x bleh makan utk berdiet ek??
huhuhu...wish me luck,ok...
;-(

BEN ASHAARI : BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN


Assalamualaikum..

ni first time nak join segmen dari abg ben,blogger femes tu..:-)


sape nak join bleh klik sini..

meh kita jawab soalan..

  • sila ceritakan latar belakang anda..

saya ni anak kelahiran Johor Bahru,Johor..
umur sweet 16+10..haha..
anak sulong dr 3 beradik..
mempunyai seorang suami kelahiran Negeri Sembilan..yg penyayang dan baik hati,
sekarang menetap di Seremban..


  • profesion anda sekarang..
seorang kuli yg setia under Jbtn Agama Negeri Sembilan(JAINS)..;-)

  • Blog favourite anda..kenapa?
saya suka masak utk my lovely hubby & kami ni food lover..
so blog ni jadi sumber inspirasi utk cari resepi bagai..

ni my sifoo in blog..;-)
  • Blog yang anda tak suka nak masuk..kenapa?
blog yg ade muzik background,mahu plak buka speaker kuat tgh2 mlm,lg haru..wokeyy..


  • Impian anda terhadap blog anda..
saya nak blog saya diterima oleh blogger2 lain..sama2 memajukan bidang kebloggeran ni..haha..

ok...sekian:-)

X pernah buat,ni le 1st time buat...;-)

Assalamualaikum...

ni kisah mlm tadi..bersama org tersayang...lewat update,line tenet sgt hampeh..
kami x pernah buat perkara ni,pertama kali kami buat ni...
mcm le dasyat sgt perkara yang kami buat ni..haha..
bukan apa2 pun...

oleh kerana aku berpuasa,
so,mencari2 idea menu apa utk berbuka..
ingat nak masak simple2 jer,tp hubby ajak mkn luar..
aku on jer..tp sebab dah petang sgt hubby balik keje...
we decide kuar lps solat maghrib ler..kiranya aku buka puasa ngan air je ler dulu..
lepas tu kuar le pi Seremban 2,cari2 kedai mkn..nmpak pulak ade pasar mlm..
so aku dapat satu idea...
beli jer mknn kat pasar mlm,lps tu bw balik rumah..
tapi hubby x setuju,sebab dia dah janji nak mkn kat luar..
so,kitorang amik jln tengah,utk puaskan hati masing2...

jadi..
kitorang pun pi le City Park,Seremban 2..
beli mknn dari pasar malam,lepas tu lepak kat situ..
mknler kitorang kat taman tu,amik meja sebelah ngan tasik..
best rupanya buat mcm ni..sambil mkn,,ditiup angin sepoi2 bahasa dr tasik..
diterangi cahaya neon yg berbalam-balam..sgtler indahnya..chewahh..
sambil borak2,tgok plak bintang2 berkerlipan..ohhh romantik gitu..;-p

nasi lemak ayam kukus,keropok lekor,ngan bebola..

my lovely hubby

my dear Balqis


kiranya jln tengah yg kami amik sgtler superb..
walaupun x pernh buat,1st time le ktkan..
tp sgt2 syiokkk mkn2 kat tepi tasik kat Citypark tu..


Mr Shrek&Princess Fiona..haha


* tapi malu gak mkn kat taman ni,org sibuk berjogging,bersenam sgala,kitorang melantak mkn...kahkahkah

Monday, March 14, 2011

Seronok...cayalah Mat Gebu!!

Assalamualaikum....

hari ni pagi2 lagi dah seronok..
seronok sgt2 tau..
sbb dapat tgok chef blogger idolaku..
siapa lagi kalo bukan..jeng...jeng...jeng....


bahagia rasanya dpt tgok vlog Mat gebu ni...
walaupun x dpt tgok rupa sebenar,dpt tgok sipi2 pon jd ler..
mat gebu ni dah jd inspirasi aku dlm bidang masakan...
dulu2 mn aku reti masak,bila2 dh kawen ni rajin le masak..
jd mat gebu ni ler jd sumber aku cari resepi bagai..
lgpun kalo tgok blog Mat gebu ni...tgok gambar2 masakan dia pon dah rasa kenyang dah..hehe..

anyway..sape yg blom layan vlog mat gebu lagi...
sila2 kanler yer...
rugi tau tak tgok..
:-)

Sunday, March 13, 2011

Weekend with my love..;-)

Assalamualaikum...

letih ni tp aku nk update gak N3 hari ni..
hari ni dapt kuar pi nilai ngan hubby..
hubby sampai umah dari Kuantan kul 11.30 pg tadi..
hubby call x payah masak hari ni,makan luar je..
tu yang aku suka tu..
hubby ajak pi beli langsir,sbb hr tu aku ade kata nak ganti langsir bilik..
tu lagi ler aku suka..;-p

sblum pi Nilai,hubby ajak lunch kat satu kedai feveret dia,
kedai tu namanya Bundo Kanduang(Ibu kandung)
kedai masakan minang kat area Senawang..aku on jer..
sebab kalo nk suruh aku masak masakan minang mmg berkurun ler kan..
pandai le gak,tp better mkn kat situ..lg sedap..hahaha..
bg aku masakan minang ni semua pedas2..aku kureng skit kalo pedas2 ni..







settle lunch,kitorang terus je pi Nilai..
pi Nilai Square..pusing2 kat situ cr langsir yg simple2 jer..
colour aku nk ala2 krim+gold...
akhirnya dpt gak..semeter Rm9..
aku beli 10 meter..cukup kot..






balik dr Nilai Square,ingt nk pi umah makcik..
tp diorg semua blik Johor..huhu..
trus masuk highway,blik Seremban..
:-)

Saturday, March 12, 2011

Pantun Sengal di Pagi Sabtu..

Assalamualaikum...

Indah sungguh sarang tempua,
Tinggi di atas pohon mengkudu,
Selamat pagi blogger semua,
Semoga bahagia di hari sabtu.

Mlm tadi tido sendiri,
Hubby outstation ade kerja,
Pagi-pagi dok menguli,
Donut gebu penghias meja.


Bangun pagi tgok kartun,
gelak sorang ntah ape-ape,
Ape mimpi dok berpantun,
biol agaknye hubby xde.
;-p


Friday, March 11, 2011

Purple Fondant 4 engagement..

Assalamualaikum...

blik keje ptg ni,trus buat tempahan cuppies..
tempahan kali ni dari nurse pergigian Hospital Tuanku Jaafar, Seremban..
katanya utk pertunangan adiknya..
dia nak fondant cuppies color purple..
buat simple2 je..sebab dia kata nak bw balik ke kg@Jelai..
jauh,buat simple2 senang nak handle nnti katanya..
so,terima kasih byk2 yer misi...saya berbesar hati menyiapkan tempahan ni..


mlm ni aku sendiri,,,hubby xde...
outstation ke Kuantan..2 mlm..
;-(

tsunami japan(2)

tsunami japan(1)


Assalamualaikum...

petang ni kita digemparkan dgn tsunami di Jepun..
gempa berukuran 8.9 skala ritcher pada jam 2.46 petang waktu tempatan menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan...
Ya Allah...
ampunilah dosa2 kami...

Thursday, March 10, 2011

dinner 4 tonite sedap tp bukan aku yg masak..huhu..

Assalamualaikum...

hari ni sgt letih..
td kena pi satu program under JPNS..
menteri besar N9@ Tok Mat ade turun..
balik dh petang,letih sgtt,mood masak pon dh xde...

pic sgt teruk sebab duk bawah khemah,golap,malu plak nak pasang flash bagai..

hubby ajak kuar mkn kat luar je ler..
we decide pi mkn Restoran Sejati..kedai ni kira kedai masakan thai le kot..
dipelopori oleh org2 kelantan le kan kalo kat Malaysia ni..;-)


hubby mkn nasi goreng USA,aku mkn nasi putih jer..
amik kailan ikan masin,sotong goreng tepung,ngan sup kosong jer..
hubby order fries ngan keropok ikan 4 side dish..



hubby tersayng yg sentiasa memahami..

muka x bleh blah,penat giler..

sat lg nk tido,leth sgt..
nk kumpul tenaga utk esok..
esok nk keja lg + ade order cuppies esok petang nk buat..
sekian...:-)

mcm magic,sekejap jer siap..Choc Chip Muffin!!


Assalamualaikum...

selamat pagi Malaysia....
hari ni pagi2 lagi dah sarapan Choc Chip Muffin..
siap tapau bawa pi tmpt keje lagi...;-)

resepi amik dari kak Hasue dr blog I love my life....
mmg best resepi ni..sebab x payah nak kuar mixer bagai..
pakai senduk,godak2 skejap,trus bleh masuk cup dan bakar...
senang je kan...bak kata kak sue siap bleh buat sambil tgok tv lg..3 kali iklan dah siap..hehe..yg best nyer lagi,walaupun sekejap jer nk buat tapi rasanya sedap sgt,lg2 tang tergigit choc chip tu..wallahhh...hubby pun ckp sekejapnye dah siap..magic ler ayg ni..;-)

kalo sape teringin nk buat ni resepinya..

bhn kering
1 3/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
3/4 gula halus
1 cwn coklat chip(put aside 1/4 cup utk hiasan)

bhn basah
1 cwn susu cair/segar
1/3 cwn minyak sayuran
1 biji telur

cara2
- panakan oven 175c..
- gaulkan bahan2 kering,kemudian masuk pula bahan2 basah..
-gaulkan rata,jgn lama2,adunan agak "lumpy"...
-bakar dgn suhu 175c selama 20-25 mint..

senang je kan..anyway thanks to kak Hasue..