sayang selamanya...

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Friday, March 25, 2011

Kelebihan Hari Jumaat

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hariJumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yangmemeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwanapabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yangbaik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.


Doa Antara Dua Khutbah

Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilahsaat yang paling dimustajabkan doa.


Sedekah Pada Hari Jumaat

Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.


Mati Pada Malam Jumaat

Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".


Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat

Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisiAllah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".

Ibadah pada hari Jumaat.

Perjalanan ke masjid

adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.


Selawat

Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya iaadalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.


Mandi dan Pakaian

Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.


Memotong Kuku

Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia daris egala penyakit dan berikannya keselamatan.

1 comment:

imzan said...

selawat & salam buat rasul junjungan S.A.W... :)